Anda di sini

Projek Jalan Entabai/Rantau Limau Ulu Kanowit Fasa 2 dalam peringkat perancangan

Advertisement
Aidel ketika menjawab pertanyaan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. - Gambar Roystein Emmor
Aidel ketika menjawab pertanyaan pada Persidangan DUN hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Projek Jalan Entabai/Rantau Limau Ulu Kanowit Fasa 2 di bahagian Sarikei bernilai RM70 juta kini dalam peringkat perancangan.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) Datuk  Aidel Lariwoo berkata, projek itu telah diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Status terkini projek adalah dalam peringkat perancangan. Projek ini dijangka ditender pada suku ketiga tahun 2025 setelah reka bentuk dimuktamadkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Rolland Duat Jubin (GPS-Melluan) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Rolland bertanyakan mengenai bila Jalan Entabai/Rantau Limau Ulu Kanowit Fasa 2 dapat dilaksanakan.

Menjawab mengenai skop bagi projek itu, Aidel berkata, ia adalah menaik taraf jalan tanah atau berbatu sedia ada sepanjang  9.5 kilometer (km) kepada jalan berturap selebar enam meter dengan piawaian JKR R1(modified).

“Untuk makluman, tempoh pembinaan projek ini adalah 24 bulan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement