Anda di sini

Wujudkan garis panduan, kriteria jelas bagi proses penswastaan pelabuhan 

Advertisement
Wong ketika membahaskan RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak pada Persidangan Dewan DUN Sarawak hari ini. - Gambar Chimon Upon.
Wong ketika membahaskan RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak pada Persidangan Dewan DUN Sarawak hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Kerajaan Sarawak perlu mewujudkan garis panduan dan kriteria yang jelas bagi proses penswastaan dalam mengawal selia pengurusan dan operasi pelabuhan sedia ada.

Dato Sri Wong Soon Koh (GPS-Bawang Assan) berkata, langkah ini akan memastikan kesaksamaan sosial dan keadilan sosial ditegakkan di tengah-tengah kemajuan ekonomi.

“Dalam memilih badan penswastaan, penekanan juga mesti diberikan kepada merit ekonomi supaya penswastaan ​​akan membawa kecekapan ekonomi dan keberkesanan sosial yang lebih besar. Dengan ini, kerajaan (kemudian) akan kekal sebagai kerajaan untuk rakyat.

“Maka itu, saya sarankan Kerajaan Sarawak mewujudkan satu set garis panduan dan kriteria yang jelas tentang jenis perusahaan dan perkhidmatan yang sesuai dan boleh dilaksanakan untuk penswastaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Pelabuhan Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wong berkata, pelabuhan merupakan pemangkin perdagangan yang sekali gus akan memacu aktiviti ekonomi dan menyumbang ke arah pembinaan negara.

Memandangkan bidang kuasa kini berpusat dan akan diperbesarkan katanya, keputusan dari segi kecekapan, produktiviti dan pulangan kewangan yang sepatutnya menjadi salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penting bagi sesebuah perbadanan seperti sebagai Lembaga Pelabuhan Sarawak.

Pada masa sama katanya, apabila Lembaga Pelabuhan Sarawak ditubuhkan, ia harus melihat kepada pembangunan rangkaian logistik menyeluruh iaitu dari segi pengangkutan laut dan darat.

Menurutnya, banyak yang perlu dicapai dalam menghubungkan pengangkutan sungai dengan rel dan jalan raya.

“Ini bermakna, kita juga harus melihat melangkaui peluang untuk memanfaatkan jarak dekat kita dengan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan,” ujar beliau.

  • oleh
  • Advertisement