Anda di sini

TYT dan isteri hadiri Majlis Jamuan Negeri 

Advertisement
Tun Wan Junaidi (tengah) diiringi Toh Puan Fauziah (kanan) hadir ke Majlis Jamuan Negeri ssempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Sarawak Ke-19 di Kuching, malam tadi.
Tun Wan Junaidi (tengah) diiringi Toh Puan Fauziah (kanan) hadir ke Majlis Jamuan Negeri ssempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Sarawak Ke-19 di Kuching, malam tadi.

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi telah menghadiri Majlis Jamuan Negeri sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini, malam tadi. 

Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta isteri Dato Fatimah Mohd Iskandar.

Antara pengisian bagi memeriahkan majlis ialah persembahan hiburan oleh beberapa artis tempatan.

Turut hadir di majlis ialah Timbalan-timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta tetamu kenamaan yang lain.

Advertisement