Anda di sini

Seorang lelaki ditangkap, lima diburu kerana disyaki terlibat pergaduhan

Advertisement
 

KUCHING: Seorang lelaki ditangkap dan lima lagi masih diburu kerana disyaki terlibat kes pergaduhan di sebuah bengkel kenderaan di Kubah Ria, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditangkap di Jalan Sultan Tengah di sini, selepas laporan polis diterima pada jam 11.40 malam.

Menurutnya, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Hasil siasatan, kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham apabila suspek yang mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan jenayah kekerasan dituduh mencuri rim tayar di bengkel tersebut.

"Susulan tangkapan tersebut, pihak polis kini juga sedang giat mengesan lima suspek lagi yang masih bebas," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kerjasama daripada orang ramai amat diperlukan untuk mengesan suspek-suspek yang masih bebas.

Maklumat boleh disalurkan terus dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau mana-mana balai polis berhampiran.

  • oleh
  • Advertisement