Anda di sini

Program Jerayawara Inisiatif PMKS bermula 11 Mei, sasar empat lokasi di Sarawak

Advertisement
 
 

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) akan menganjurkan program Jerayawara Inisiatif Pembiayaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bermula 11 Mei hingga 27 Mei di empat lokasi di Sarawak.

MOF menerusi satu kenyataan hari ini berkata program itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu usahawan mendapatkan akses kepada pembiayaan perniagaan, seiring dengan inisiatif di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

Program Jerayawara Inisiatif PMKS Sarawak akan diadakan bermula pada 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Islamic Information Centre (IIC), Kuching pada 11 Mei, diikuti dengan Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Sibu (21 Mei); Universiti Putra Malaysia (UPM) Bintulu (23 Mei) dan Pustaka Negeri Sarawak, Miri (27 Mei).

Agensi kerajaan dan institusi kewangan yang menyertai program jerayawara ini termasuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agrobank), Bank Simpanan Nasional dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd,

Selain itu, turut terlibat dalam program berkenaan ialah Export-Import Bank of Malaysia Bhd, Small Medium Enterprose Development Bank Malaysia Bhd, Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd dan Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation. 

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada individu dan syarikat yang berminat. - BERNAMA

Advertisement