Anda di sini

Persatuan Tai San Ten Kapit mohon kelulusan ahli beli lot kedai baharu

Advertisement
JASON YEO
JASON YEO

KAPIT: Persatuan Tai San Ten Kapit memohon kelulusan daripada ahli-ahli pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) akan datang berhubung rancangan untuk memperoleh lot kedai baharu.

Pengerusinya, Jason Yeo berkata rancangan untuk pembelian lot kedai itu sebagai pelaburan bagi menjana pendapatan persatuan tersebut.
 
“Pada mesyuarat agung tahunan kami pada 14 April lalu, salah satu perkara dibangkitkan adalah mengenai pelaburan di lot kedai lain untuk menjana pendapatan bagi menyokong aktiviti persatuan.
 
“Kami mengenal pasti satu lot kedai dan memohon persetujuan ahli-ahli untuk meluluskan pembeliannya.  

"EGM akan datang juga menyaksikan pelantikan lembaga pemegang amanah pelaburan hartanah untuk menangani perkara itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

EGM persatuan tersebut dijadualkan berlangsung pada 12 Mei ini di premisnya di Bletih New Township di sini bermula jam 7.30 malam.
 
"Saya menyeru semua ahli menghadiri mesyuarat tersebut bagi memutuskan sama ada meluluskan pemerolehan lot kedai itu," jelasnya.

Persatuan Kapit Tai San Ten ialah persatuan Cina tertua di sini dengan kira-kira 700 ahli berdaftar.
 
Pada masa ini, persatuan tersebut memiliki lot kedai di Jalan Chua Leong Kee dengan kutipan sewa digunakan membiayai aktiviti, program kebajikan dan pemberian insentif kepada anak-anak ahli yang cemerlang dalam pelajaran.

Advertisement