Anda di sini

Kelab Lions Antarabangsa 308A2 menangi tujuh emas dan dua anugerah penghargaan 

Advertisement
Presiden Kelab Lions Batu Niah Andy Jong (tiga kanan) menerima anugerah emas daripada Hiew pada majlis tersebut.
Presiden Kelab Lions Batu Niah Andy Jong (tiga kanan) menerima anugerah emas daripada Hiew pada majlis tersebut.

MIRI: Kelab Lions Antarabangsa 308A2 Wilayah 4 Zon 9 dan Zon 10 (kawasan Miri) memenangi tujuh emas dan dua anugerah penghargaan pada majlis ‘62nd MD308 Lions Convention Fellowship & Award’ yang berlangsung di Sabah pada 3 Mei lalu.

Tujuh pingat emas dimenangi Kelab Lions Miri Host, Kelab Lions Miri Mandarin, Kelab Lions Batu Niah, Kelab Lions Lambir Miri, Kelab Lions Lutong, Kelab Lions Miri Central dan Kelab Lions Miri Centennial. 

Manakala Kelab Lions New Century Miri Resort City dan Kelab Lions Marudi Mandarin menerima anugerah penghargaan.

Penyerahan pingat emas dan penghargaan itu adalah sebagai mengiktiraf sumbangan serta khidmat bakti kelab lions terbabit kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

Selain itu, penyampaian Club President Award, Secretary Award, Treasurer Award dan First Vice President Award juga diberikan kepada semua kelab lions yang hadir.

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh Gabenor Daerah Antarabangsa 308-A2 Kapitan Ronny Hiew. 

Advertisement