Anda di sini

Hospital Miri cari waris atau ahli keluarga Sahiniah Pito

Advertisement
SAHINIAH
SAHINIAH

MIRI: Hospital Miri kini sedang mencari waris atau ahli keluarga kepada pesakit perempuan yang berusia 62 tahun, dikenali dengan nama Sahiniah Pito.

Dalam satu kenyataan hari ini, alamat tertera pada kad pengenalan Sahiniah adalah di Kampung Luak Miri.

Maklumat yang diperolehi daripada pesakit, beliau memaklumkan pernah berkahwin dan suaminya telah meninggal dunia beberapa tahun lepas. 

Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan enam anak yang menetap di sekitar bandar raya Miri dan Bekenu. 

Pesakit juga memaklumkan beliau mempunyai dua adik beradik yang tinggal di kawasan Miri.  

Namun begitu, pesakit tidak dapat memberi alamat rumah yang lengkap dan nombor telefon waris untuk dihubungi kepada pihak Hospital Miri bagi memudahkan pihaknya memaklumkan keadaan pesakit.

Menurut pesakit juga, ahli keluarga beliau pernah datang melawat sebelum ini namun sehingga kini tidak muncul kembali untuk memberi kerjasama dalam penjagaan pesakit. 

Justeru, pihak waris dan ahli keluarga pesakit dimohon untuk hadir segera di Wad Perubatan Perempuan Hospital Miri bagi membincangkan mengenai rawatan dan urusan discaj pesakit. 

Pihak Hospital Miri menyeru waris atau ahli keluarga pesakit menghubungi Jabatan Kerja Sosial Perubatan di talian 085-460633 pada waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat) atau terus pergi ke Wad 4, Wad Perubatan Perempuan Hospital Miri dengan kadar segera.

Advertisement