Anda di sini

Terus bersatu, menangkan GRS pada PRN17

Advertisement
 Joachim (tengah) menyantuni penduduk kampung dalam majlis berkenaan.
MESRA: Joachim (tengah) menyantuni penduduk kampung dalam majlis berkenaan.

RANAU: Semua rakyat terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang diminta terus bersatu untuk memenangkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam berkata, ia penting bagi memastikan agenda pembangunan yang dibawa oleh kerajaan GRS dapat dilaksanakan secara berterusan dan hasilnya terus dinikmati oleh rakyat.

“Walaupun banyak yang telah dilaksanakan dan dinikmati oleh rakyat termasuk di Kundasang, perjuangan kita belum selesai,” katanya ketika berucap pada Majlis Kaamatan dan Hari Raya peringkat Mukim Pinawantai, di Balai Raya Kg Pinawantai, pada Sabtu lalu.

Dr. Joachim yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) turut menjelaskan kepada penduduk mukim itu tentang kerjasama politik antara PBS dan Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH) yang sekali gus memperkuatkan lagi GRS.

“Kita juga akan terus menuntut hak-hak kita seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Beliau juga mengingatkan pemimpin semua peringkat di DUN Kundasang untuk terus bekerja dan mendekati rakyat di akar umbi.

Katanya, ia termasuk mengenal pasti mana-mana rakyat yang tergolong dalam kategori miskin tegar untuk diberikan bantuan. 

Menurutnya, beliau akan sentiasa memantau entiti di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan seperti ketua-ketua adat melaksanakan tanggungjawab masing-masing. 

  • oleh
  • Advertisement