Anda di sini

Rumah Anak Yatim As-Sakinah terus mendapat perhatian

Advertisement
 Ahmad (dua kanan), Awang Damit (dua kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan pada majlis itu.
KENANGAN: Ahmad (dua kanan), Awang Damit (dua kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Panel Penasihat Klinik Kesihatan Putatan bersama Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Putatan  menyantuni penghuni-penghuni Rumah Anak Anak Yatim As-Sakinah Taman Pantai Lok Kawi menerusi Majlis Jamuan Raya di rumah berkenaan.

Rombongan yang disertai oleh seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa kedua-dua organisasi berkenaan, diketuai bersama Ahmad Mahmood selaku Pengerusi Panel Penasihat dan Pengiran Awang Damit Sahzain Pengiran Abd. Razak selaku Pengerusi Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Putatan.

Seramai 32 orang anak anak Yatim yang berumur lima tahun sehingga 17 tahun yang menjadi penghuni rumah berkenaan diraikan dengan menikmati jamuan raya dan menerima sumbangan duit raya.

Selain itu, Ahmad turut menyampaikan sumbangan sedekah dari para dermawan kepada pihak Pengurusan Rumah Anak Yatim As-Sakinah untuk dipergunakan membeli keperluan yang diperlukan oleh rumah berkenaan.

Menurut Ahmad, Program Jamuan Raya bersama anak-anak yatim berkenaan merupakan program pertama yang dilakukan untuk meraikan anak-anak yatim dan juga pengurusan di rumah berkenaan.

 Penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Sakinah ceria dikunjungi oleh Penal Penasihat dan Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Putatan.
GEMBIRA: Penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Sakinah ceria dikunjungi oleh Penal Penasihat dan Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Putatan.

Terdahulu, Awang Damit menjelaskan, Kelab Warga Emas yang ditubuhkan akhir tahun lalu bernaung kepada Panel Penasihat dengan keahlian sekitar 30 orang.

Ahmad dan Awang Damit berkata kedua-dua badan ini akan terus bekerjasama dengan Klinik Kesihatan Putatan untuk menganjurkan program- program kesihatan dan kebajikan pada masa akan datang.
 

Advertisement