Anda di sini

Sumbangan RELA kepada komuniti sangat dihargai dan disanjungi

Advertisement
Larry menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota RELA pada Majlis Apresiasi Petugas RELA dan Jasamu Dikenang di Julau. 
Larry menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota RELA pada Majlis Apresiasi Petugas RELA dan Jasamu Dikenang di Julau. 

SARIKEI: Sumbangan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kepada komuniti sangat dihargai dan disanjungi.

Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) Datuk Larry Sng berkata, RELA adalah sebuah agensi yang cukup tangkas dalam menjalankan tugas.

“Kita ingin mengucapkan terima kasih kepada anggota RELA yang secara amnya telah menggalas tugas dengan cukup baik dan sempurna kepada komuniti di mana-mana lokasi memerlukan perkhidmatan mereka.

“Sumbangan dan perkhidmatan RELA merupakan satu tanda aras agensi itu amat diperlukan komuniti sama ada untuk menjaga keselamatan atau bidang tugas lain,” katanya pada Majlis Apresiasi Petugas RELA dan Jasamu Dikenang RELA Daerah Julau 2023/2024 di sini semalam.

Pada majlis sama, Larry turut manyampaikan sumbangan berjumlah RM15,000 yang diperuntukkan kepada RELA Daerah Julau.

Katanya, sumbangan tersebut adalah untuk membantu agensi terbabit menampung perbelanjaan tertentu dalam mereka melakukan tugas.

“Kita berharap agar RELA sentiasa menjalinkan hubungan baik menjalankan tugas dengan pelbagai agensi lain seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Wujudkan kerjasama dengan agensi lain supaya segala tugas dapat dilaksanakan dengan bermuafakat dan merapatkan semangat perpaduan dalam kalangan anggota.

“Malah, hasil kerjasama ini memudahkan anggota RELA berkongsi dan bertukar maklumat untuk kebaikan unit masing-masing dalam mereka menjalankan amanah ditetapkan,” jelasnya.

Advertisement