Anda di sini

Penguang hadiri Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Kampung Melayu Beluru

Advertisement
Penguang menyampaikan cek peruntukan kepada salah seorang ketua masyarakat pada majlis tersebut.
Penguang menyampaikan cek peruntukan kepada salah seorang ketua masyarakat pada majlis tersebut.

MARUDI: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang menghadiri Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Kampung Melayu Beluru dengan kerjasama JATAIM Beluru di dewan serba guna kampung tersebut semalam.

Dalam ucapannya, beliau menerangkan status terkini penyukatan tanah NCR Seksyen 18 kampung tersebut sedang dijalankan dan dijangka siap hujung tahun ini.

Selain itu, Penguang juga berkongsi status terkini cadangan projek pembinaan sebuah surau di kawasan Lapok. 

Berhubung skim penempatan semula kampung itu, beliau berhubung dengan JKR bagi menyediakan anggaran kos kerja-kerja menembok tanah untuk permohonan peruntukan.

Justeru, beliau berharap semua penduduk di kawasan itu mengekalkan semangat perpaduan antara kaum dan agama.

Advertisement