Anda di sini

Mei perlu diisi dengan pelbagai aktiviti menarik bagi menghargai pengamal media

Advertisement
Abdullah merakam kenangan bersama warga media selepas majlis berkenaan. - Gambar UKAS
Abdullah merakam kenangan bersama warga media selepas majlis berkenaan. - Gambar UKAS

KUCHING: Bulan Mei perlu diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik bagi menghargai peranan pengamal media di seluruh negeri ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, Mei merupakan tempoh untuk menghargai peranan media selain aktiviti itu dapat mengeratkan hubungan antara pengamal media Sarawak.

"Sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang akan diadakan, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) akan memainkan peranan menganjurkan beberapa program menarik memandangkan Mei adalah bulan untuk kira menghargai wartawan dan warga media," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ramah-Tamah UKAS Bersama Media dan Pegawai Perhubungan Awam (PRO) di English Tea House di sini, hari ini.

Abdullah berkata, beliau akan memperuntukkan dana kepada Kelab Sukan UKAS bagi menganjurkan sukan mahupun aktiviti untuk media.

"Kalau ada peruntukan lebih sikit, kita boleh adakan acara secara santai di zon tengah Sibu atau Miri," ujarnya.

Dalam hal berkaitan, Abdullah menegaskan wartawan menyampaikan berita dengan fakta yang betul dan beretika.

"Saya rasa etika kewartawanan ini bukan sahaja terpakai kepada wartawan.

"Namun ia perlu ada kawalan terhadap wartawan tidak rasmi agar suasana di Sarawak tidak diganggu gugat oleh berita yang menimbulkan isu perkauman, fitnah yang melampau dan kebencian," ujarnya.

  • oleh
  • Advertisement