Anda di sini

Lee setuju gaji anggota Bomba dan Penyelamat ditingkatkan

Advertisement
LEE
LEE

KOTA  KINABALU: Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye bersetuju sepenuhnya dengan langkah dicadangkan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mendapatkan gaji serta terma perkhidmatan lebih baik untuk 12,000 anggota bomba dan bomba bantuan.

Katanya, sepanjang perkhidmatan jabatan itu, anggota bomba tidak pernah gagal untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Oleh itu, kita tidak boleh mengecewakan mereka. Mereka berhak mendapat sokongan penuh daripada kita semua terhadap permintaan mereka mengenai kenaikan berbagai elaun kepada anggota bomba.

"Anggota bomba dan penyelamat kerap menghadapi risiko dan bahaya yang sememangnya tinggi.

"Mereka sering mempertaruhkan nyawa mereka sendiri untuk menyelamatkan orang lain daripada kebakaran, bangunan runtuh, banjir, bahan berbahaya, tanah runtuh, kemalangan jalan raya dan lain-lain kecemasan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kes terbaru katanya, tiga anggota bomba terkena renjatan elektrik ketika melakukan operasi pemadaman kebakaran rumah di Skudai, Johor.

"Siang dan malam, mereka berada di hadapan sesiapa sahaja yang menghadapi situasi yang mengancam nyawa. Mereka jugalah yang dipanggil untuk menangkap reptilia dari rumah," katanya.

Menurutnya, menjadi anggota bomba atau pekerja penyelamat memerlukan latihan yang meluas dan pendidikan berterusan untuk mengendalikan pelbagai kecemasan dengan berkesan. 

Katanya, mereka mesti memiliki kemahiran khusus dalam teknik memadam kebakaran, teknologi terkini dan juga mahir dalam tindak balas perubatan.

Lee berkata, mereka mesti bersedia untuk bertindak balas terhadap kecemasan dengan segera, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. 

"Mereka bekerja pada syif yang panjang, selalunya dalam keadaan yang mencabar, termasuk cuaca ekstrem, cuti, majlis perayaan dan hujung minggu.

"Apabila mereka menerima panggilan kecemasan, mereka meninggalkan segala-galanya dan menuju ke lokasi bencana.

"Mereka mesti sihat dari segi fizikal untuk mengendalikan tugas yang berat seperti membawa peralatan berat, memanjat tangga dan melakukan penyelamatan dalam persekitaran yang berbahaya," katanya.

Selain itu katanya, mereka sering menyaksikan peristiwa traumatik dan menghadapi tekanan emosi semasa berhadapan dengan situasi yang mengancam nyawa.

Katanya, dengan mengiktiraf risiko, kemahiran, pengorbanan dan sumbangan anggota bomba dan penyelamat, adalah jelas bahawa mereka berhak menerima gaji yang lebih baik serta elaun dan pertimbangan lain sebagai bukti peranan penting mereka dalam melindungi komuniti serta menyelamatkan nyawa.

"Saya amat berharap kerajaan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada permintaan ini untuk kenaikan elaun oleh anggota bomba yang berdedikasi terhadap rakyat yang berkhidmat di semua 337 balai bomba di seluruh negara sepanjang masa. 

"Sekaranglah masanya 

  • oleh
  • Advertisement