Anda di sini

Tiga pelajar CHS menangi Fotografi Warisan Budaya Sibu 

Advertisement
Lau (lima kiri), Ong (tiga kanan) dan ahli Persatuan Jurufoto Sibu bersama tiga pemenang utama Pertandingan Fotografi di Sibu hari ini.
Lau (lima kiri), Ong (tiga kanan) dan ahli Persatuan Jurufoto Sibu bersama tiga pemenang utama Pertandingan Fotografi di Sibu hari ini.

SIBU: Tiga pelajar Sekolah Tinggi Katolik Sibu (CHS) merangkul johan, naib johan dan tempat ketiga Pertandingan Fotografi Warisan Budaya Sibu 2024 Sekolah Menengah Persendirian Cina Sibu hari ini.

Pertandingan anjuran Persatuan Jurufoto Sibu menyaksikan Sharon Wong Xiao memenangi tempat pertama, naib johan Victor Wong Jing dan tempat ketiga Fionn Ting Wen.

Hadiah kecemerlangan dimenangi Marcus Ting Yong (CHS), Louis Ting Charl (CHS), Joseph Ajang Lai (CHS), Evan Ling Kwong(CHS) dan Pau Zhang Yue (Sekolah Menengah Wong Nai Siong - SMWNS).

Manakala lapan pelajar memenangi hadiah sagu hati iaitu Neely Wong Ying (CHS), Lim Woei Xuan (CHS), Jasper Koh Kee (CHS), Fiona Hoo Poh (CHS), Janice Lau Hong (SMWNS), Lee Xing Er (SMWNS), Sally Ting Eng (Sekolah Menengah Kiang Hin) dan Dennis Lee Zu (Sekolah Menengah Guong Ming).

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau.

Lau dalam ucapannya memuji inisiatif Persatuan Jurufoto Sibu menganjurkan pertandingan itu bagi membolehkan pelajar-pelajar sekolah menengah persendirian Cina merakamkan warisan budaya di Sibu melalui visi dan teknik fotografi mereka yang unik.

"Budaya sesuatu tempat itu perlu diwarisi oleh setiap generasi agar dapat dipelihara. Apabila warisan itu hilang, budaya sesuatu tempat itu juga lenyap melibatkan pelbagai aspek termasuk budaya bangsa. 

"Pertandingan fotografi warisan budaya ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar merakamkan warisan budaya di Sibu melalui visi dan teknik fotografi mereka yang unik.

"Diharapkan lebih banyak penganjuran pertandingan seperti ini pada masa akan datang bagi mengingatkan generasi muda kepentingan warisan budaya," katanya.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Jurufoto Sibu Edwin Ong, Naib Pengerusi Ling Sie Houng dan Chamber Ngu, penyelaras program Nickson Wong dan ahli jawatankuasa Yokit Wong dan Stephen Wong.
 

  • oleh
  • Advertisement