Anda di sini

Tempat letak kereta di bandar Sarikei dilengkapi dengan nombor

Advertisement
Tempat letak kereta di bandar Sarikei dilengkapi dengan nombor.
Tempat letak kereta di bandar Sarikei dilengkapi dengan nombor.

SARIKEI: Majlis Daerah Sarikei (MDS) melakukan kerja-kerja mengecat nombor lot tempat letak kereta di sekitar bandar Sarikei.

Pengerusi MDS Kaunselor Wong Zee Yeng berkata kerja-kerja terbabit adalah untuk memastikan tempat letak kereta lebih sistematik.

“Kerja-kerja mengecat nombor lot tempat letak kenderaan daerah Sarikei merupakan inisiatif MDS menguruskan tempat letak kereta mencukupi, sistematik dan mesra untuk orang ramai. 

“Selain itu, ia bagi memudahkan pengemaskinian rekod maklumat dan data lot tempat letak kereta khasnya bagi permit sewaan perniagaan dan sebagainya,” kata Wong kepada media di sini hari ini.

Menurutnya, usaha itu juga memudahkan kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan lalu lintas dan tempat letak kereta. 

Kerja-kerja mengecat nombor di lot tempat letak kereta di sekitar badar Sarikei.
Kerja-kerja mengecat nombor di lot tempat letak kereta di sekitar badar Sarikei.

“Buat masa ini, MDS belum menguatkuasakan 'Parking Order' mengenakan bayaran tempat letak kereta meskipun The Road Transport (Provision of Parking Places) 2007 sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Julai 2007. 

“Bagaimanapun, MDS masih menunggu arahan selanjutnya mengguna pakai ‘Uniform Parking Order, 2024’ dilaksanakan di seluruh Sarawak,” jelasnya.
 

  • oleh
  • Advertisement