Anda di sini

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

Advertisement
Anggota Bomba dan Penyelamat membantu mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan sebuah pesawat ringan terhempas di ladang Besout 2 Tambahan pagi tadi.-Gambar BERNAMA
Anggota Bomba dan Penyelamat membantu mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan sebuah pesawat ringan terhempas di ladang Besout 2 Tambahan pagi tadi.-Gambar BERNAMA

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. 

"Ya, pesawat latihan, penumpang terlibat selamat.

“Kejadian berlaku pada 9.55 pagi dengan dua mangsa terlibat iaitu lelaki dan wanita telah dihantar ke Hospital Slim River,” katanya. 

Beliau berkata setakat ini jenis pesawat belum dapat dipastikan. 

Terdahulu video kejadian tersebut tular di aplikasi WhatsApp. - BERNAMA 

Advertisement