Anda di sini

Pencapaian Ko-Nelayan cemerlang pada 2023

Advertisement
 Peto (kanan) menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima pada majlis itu.
CEMERLANG: Peto (kanan) menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) berjaya mencapai prestasi 86 peratus melalui 20 projek pembangunan Rancangan Malaysia ke-12 pada tahun lepas.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan berkata, Ko-Nelayan juga berjaya mencapai 95 peratus dalam 18 inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilaksanakan pada 2023.

"Saya yakin Ko-Nelayan mampu mengorak langkah lebih positif dan terus berusaha untuk mencapai matlamat yang telah dirancang.

"Kemampuan Ko-Nelayan dalam mencapai objektifnya iaitu membantu memperbaiki kedudukan ekonomi dan sosial masyarakat nelayan di Sabah telah dibuktikan dalam membantu menyalurkan peruntukan kepada kumpulan sasar melalui projek pembangunan negeri," katanya ketika merasmikan Majlis Apresiasi Ko-Nelayan, di sini semalam.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Peto Galim.

Sementara itu, Pengurus Besar Ko-Nelayan, Yusof Awang Besar berkata, pihaknya berjaya mencatatkan banyak sejarah pada 2023.

"Pada tahun lepas, Ko-Nelayan juga berusaha memohon tambahan siling Kajian Separuh Penggal (KSP) dan berjaya memperolehi dari siling asal RM30,304,852 kepada siling KSP RM39,786,259, iaitu tambahan sejumlah RM9,481,407 untuk peruntukan 2024 dan 2025.

Manakala, Pengerusi Ko-Nelayan Kong Soon Choi berkata, pihaknya turut membangunkan sebuah gerbang pemasaran secara digital untuk para usahawan memasarkan produk-produk mereka secara atas talian.

"Setakat Disember 2023, platform yang dikenali E-kan telah berjaya merekodkan jualan berjumlah RM2.74 juta. 

"Pada hari ini, sejumlah 175 kedai maya di platform berkenaan dengan 908 prodok berdaftar dengan 2,637 pelanggan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement