Anda di sini

Ibu bapa digesa menyokong serta memberi kerjasama kepada PIBG

Advertisement
(Dari depan tujuh kiri) Rahman, Said, Ayatul Azmi bersama guru dan ahli-ahli PIBG SKMeP pada majlis tersebut.
(Dari depan tujuh kiri) Rahman, Said, Ayatul Azmi bersama guru dan ahli-ahli PIBG SKMeP pada majlis tersebut.

LIMBANG: Ibu bapa digesa terus menyokong serta memberi kerjasama kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam apa juga aktiviti dianjurkan pihak sekolah.

Guru Besar SK Melayu Pusat (SKMeP) Said Matzin berkata, dengan sokongan padu ibu bapa dan PIBG sekolah dapat membangun dan menjayakan segala program berkonsepkan pendidikan demi kecemerlangan murid.

“Ibu bapa menjadi penguat semangat kepada anak-anak dan banyak meluangkan masa di rumah, penglibatan mereka amat diperlukan dalam menjayakan segala program yang diatur sekolah.

“Kerjasama semua amat diperlukan,” katanya pada Mesyuarat Agung PIBG SKMeP di Dewan Kesenian dan Kebudayaan sekolah itu hari ini.

Turut sama Yang Dipertua PIBG SKMep yang baru dilantik Rahman Sait dan bekas Yang Dipertua PIBG sekolah itu Ayatul Azmi Zaini.

Menurutnya, kerjasama erat ibu bapa sangat diperlukan bukan sahaja untuk mendidik anak-anak tetapi perlu menyokong apa juga rancangan atau  program dianjurkan pihak sekolah demi kejayaan anak-anak.

"PIBG perlu memiliki hubungan rapat dan sehala dengan pihak sekolah dalam menyusun atur dan melaksanakan program yang dapat menyumbang kepada usaha meningkatkan kecemerlangan murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum serta keceriaan sekolah," jelasnya.
 

  • oleh
  • Advertisement