Anda di sini

Cubaan seludup minuman keras RM11.3 juta gagal 

Advertisement
Sebanyak 22 karton minuman keras pelbagai jenama ditemui dalam 10 kontena yang dirampas di Jalan Feri Lama, Mukah.
Sebanyak 22 karton minuman keras pelbagai jenama ditemui dalam 10 kontena yang dirampas di Jalan Feri Lama, Mukah.

MUKAH: Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Ibu Pejabat Briged Sarawak berjaya menumpaskan cubaan menyeludup minuman keras dengan rampasan keseluruhan bernilai RM11.3 juta di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai sebanyak 22,000 katon itu rampas dirampas dalam satu serbuan di sebuah dermaga di Jalan Feri Lama di sini.

Katanya, hasil serbuan dan pemeriksaan dijalankan jam 7.30 pagi itu terbongkar dalam 10 kontena dan disyaki tidak mempunyai cukai kastam.

“Pasukan operasi merampas semua minuman keras dan kontena itu.

"Turut dirampas sebuah kapal tongkang, dua lori treler dan 10 treler dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM11,327,200," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, tiga lelaki termasuk dua warga asing berusia 43 hingga 59 tahun yang berada di lokasi serbuan ditahan bagi membantu siasatan kerana gagal mengemukakan dokumen sah daripada kastam.

“Semua suspek direman selama enam hari bermula 4 hingga 10 Mei ini,” jelasnya.

Katanya, semua rampasan dan tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah dan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
 

  • oleh
  • Advertisement