Anda di sini

Borneo Expo 2024 platform terbaik kepada usahawan tempatan

Advertisement
 Christina (tengah) ketika menyempurnakan majlis itu.
RASMI: Christina (tengah) ketika menyempurnakan majlis itu.

KOTA KINABALU: Borneo Expo 2024 platform terbaik kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan produk masing-masing ke pasaran dunia.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, program yang diadakan itu bukan sahaja sebagai pengenalan kepada usahawan Sabah tetapi juga peluang kepada komuniti tempatan untuk lebih mengenali dengan perkhidmatan dan produk yang disediakan usahawan antarabangsa.
 
"Saya menghargai usaha Business Network International (BNI), Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM) serta lain-lain organisasi yang berjaya menganjurkan expo ini.

"Ia adalah penting kepada masyarakat Sabah, khususnya komuniti peniaga untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka," katanya ketika merasmikan Borneo Expo 2024 di sini, semalam.

Beliau berkata, expo berkenaan juga turut disertai lebih daripada 30 persatuan perniagaan dan lebih 10 negara luar turut hadir menyertai program itu.

Christina juga memuji pihak penganjur kerana turut menjemput usahawan dalam negara seperti dari Sarawak, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor serta negeri lain menyertai program itu.

"Antara negara luar yang menyertai adalah Taiwan, Singapura, China, Indonesia, Thailand, dan banyak lagi," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement