Anda di sini

Robert serah rumah PPRT kepada dua penerima

Advertisement
 Robert menyerahkan replika kunci kepada Amir di Kg Tuarid Taud sempena program itu.
GIMIK: Robert menyerahkan replika kunci kepada Amir di Kg Tuarid Taud sempena program itu.


KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik menyerahkan replika kunci rumah penyerahan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada dua penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor iaitu, Amir Kunai dan Auni Nabila Antari, masing-masing di Kampung Tuarid Taud dan Kg Baginda Ulu.


Dua-dua rumah PPRT yang siap itu dilaksanakan oleh GiatMARA dan diserahkan sendiri secara gimik oleh Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor.


Amir ketika ditemui selepas menerima replika kunci di Kg Tuarid Taud mengucapkan berbanyak terima kasih kepada wakil rakyat atas usahanya sehingga ia menjadi realiti dan membolehkan Amir sekeluarga memiliki kediaman yang lebih selesa dan selamat.


Sementara itu, Auni Nabila semasa di Kg Baginda Ulu turut merakamkan penghargaan sama kepada wakil rakyat atas pemberian yang disalurkan kerajaan itu, yang disifatkannya amat bermakna sekali buat mereka sekeluarga.


"Saya ingin panjatkan rasa kesyukuran kerana terpilih menerima bantuan rumah PPRT. Terima kasih banyak kepada kerajaan dan juga wakil rakyat termasuk GiatMARA atas pemberian yang sungguh bermakna dan selesa buat kami, " katanya.


Turut hadir menyaksikan penyerahan replika kunci kepada penerima, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor Junior Fred; Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Bingkor, Tinus Majip; Penyelia Kemajuan Masyarakat Zaki Zakaria; Pemaju Mukim Bingkor George Dairie; Pemaju Mukim Tuarid Bandar Rahman Bidin; Pemaju Mukim Apin-Apin Daenis Joakim; Pemaju Mukim Tuntumulud Fredoline Tad Abin; Pemaju Mukim Merampong Bunga Raya; Garrett Patrick serta kakitangan Pejabat ADUN Bingkor Rozelius Juanis dan juga Pengerusi JKKK Kg.Baginda Ulu Sumiati Yunus.

  • oleh
  • Advertisement