Anda di sini

RESPA Sabah adakan Mesyuarat Agung kelapan, ramah mesra Aidilfitri

Advertisement
 Jauteh merakamkan gambar kenangan bersama RESPA selepas majlis terbabit.
KENANGAN: Jauteh merakamkan gambar kenangan bersama RESPA selepas majlis terbabit.

KOTA KINABALU: Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) Sabah mengadakan Mesyuarat Agung kelapan di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kota Kinabalu di sini.

Pada majlis sama, turut diadakan majlis ramah mesra Aidilfitri 2024.

Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu undangan termasuklah Pesurujaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun dan timbalannya Datuk Shahurinain Jais, Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah Datuk Abd Rani Alias, mantan Pesurujaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah dan Ketua Jabatan Logistik Sabah Asisten Komisioner Datin Laila Sagir.

Turut hadir Pengarah Wilayah Agro Bank Sabah Datin Fauziah Ab Titingan, Ketua Polis Daerah Penampang Superintendan Sammy Newton, Datuk Seri Panglima Raden Maleh, DCP (b) Datuk Kuik Haris Anik dan datin, Datuk Paiman Abd Karim, Datuk Salsidu Ibrahim, Datuk Orlando Harumal, peninju Sabah, Datuk Abd Wahab Sulaiman dan Datuk Khalid Mohammad.

Majlis diserikan dengan kehadiran quartet dari kombo PDRM Sabah pimpinan Inspektor Bono yang memainkan lagu-lagu dan nyanyian Hari Raya.

Pengerusi RESPA Sabah Datuk Sulaiman Junaidi dalam ucapannya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang sudi hadir khasnya Pesuruhjaya Polis Sabah yang membenarkan RESPA untuk mengunakan premis Mes Pegawai Kanan Polis Sabah, Quartet Kombo PDRM Sabah serta bantuan multimedia. 

“Tidak lupa untuk penghargaan dan terima kasih kepada ahli RESPA Sabah yang memberikan sokongan khasnya sumbangan kewangan untuk menjayakan AGM dan majlis ramah mesra Aidilfitri RESPA Sabah tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Jauteh dalam ucapan balas menasihatkan kepada semua pesara Pegawai Kanan Polis supaya bersatu dalam RESPA dan kepada yang akan bersara supaya menyertai RESPA apabila bersara kelak.

  • oleh
  • Advertisement