Anda di sini

Laluan murid SK Karamunting perlu diselenggara segera

Advertisement
 Chew meninjau laluan konkrit yang telah rosak akibat hakisan air laut dan sungai.
ROSAK: Chew meninjau laluan konkrit yang telah rosak akibat hakisan air laut dan sungai.

SANDAKAN: Laluan di tepi Sekolah Kebangsaan Karamunting kini sudah kelihatan usang apabila wujud kesan retakan serta tiang dan gelagar kemudahan itu juga rosak.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh berkata, laluan berkenaan adalah berbentuk jejantas jambatan dan sesetengah daripada kemudahan itu sudah patah akibat hakisan air laut pasang serta air sungai dari arah Bukit Nenas.

"Saya akan maklumkan perkara ini kepada pihak berkaitan untuk tindakan susulan, sebelum kemudahan ini roboh.

"Kemudahan itu merupakan satu-satunya laluan utama ke SK Karamunting serta ke kawasan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) berhampiran," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

 Chew (kiri) dan Syed Putra (kanan) meninjau kerja-kerja menanda jalan.
TINJAU: Chew (kiri) dan Syed Putra (kanan) meninjau kerja-kerja menanda jalan.

Dalam pada itu, Chew bersama Pemaju Mukim Unit PPM Karamunting Syed Putra Ar-Rahim turun memantau kerja-kerja menanda jalan masuk sehala dari arah Kampung Air ke Jalan Pelabuhan melalui Kg. Bokara.

Katanya, cadangan pihak berwajin untuk laluan berkenaan adalah jalan dua hala di jalan masuk ke Kg. Air sehingga Kilang Packing Udang dan selepas itu, semua jalan adalah sehala sehingga ke Tabika Kemas.

"Jalan dua hala masuk dari jalan pelabuhan sehingga berakhir di tanah perkuburan Islam Kg. Bokara sahaja. Laluan selepas itu dilarang masuk kerana ia adalah sehala sahaja," katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement