Anda di sini

Hajiji serah watikah pelantikan kepada Lembaga Penasihat DBKK

Advertisement
 Hajiji (duduk tengah) bersama tetamu kehormat lain serta para penerima watikah pelantikan merakamkan gambar kenangan.
ALBUM: Hajiji (duduk tengah) bersama tetamu kehormat lain serta para penerima watikah pelantikan merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyampaikan watikah pelantikan kepada 14 ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi penggal 2024-2027.

Majlis berkenaan diadakan di pejabat DBKK, di sini hari ini.

Lembaga Penasihat terdiri daripada Datuk Dr. Sharifah Habsah Habib Alawi, Datuk Yong Chiew Lip @ Philip Yong, Dr. Siti Fatmah Suahid, James Wong Kein Peng, Li Su Fook, Datuk Lo Vun Che @ Jessica J, Mohd. Zahari Mohd. Zinin, Judy Hiew Mui Nyuk, Lim Vun Chan, Helmi Shahril Kassim, Tressie Yap Chui Kie, Datuk Alsat Edris @ Arsad Arshad Idris, Orson Lo Ming Liong dan Tan Young.

Seorang Ahli Lembaga Pengarah, Datuk Clement Yeh tidak menerima watikah pelantikannya kerana penggalnya hanya akan tamat tahun depan.

Kemudian, Hajiji diberi taklimat mengenai rancangan pembangunan DBKK oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud (Ahli Parlimen Sepanggar), Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin merangkap Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan ADUN Petagas Datuk Awang Sah Sahari.
 

Advertisement