Anda di sini

Dua wanita sesak nafas dalam kebakaran rumah

Advertisement
 Keadaan kebakaran di rumah mangsa.
TERBAKAR: Keadaan kebakaran di rumah mangsa.

KOTA KINABALU: Dua wanita mengalami sesak nafas dalam kebakaran rumah di sebuah taman perumahan di Kingfisher di Likas di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, kedua-dua mangsa bagaimanapun berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan lanjut di hospital.

“Kejadian jam 12 tengah malam itu membabitkan sebuah rumah jenis kekal terbakar 15 peratus di ruangan bilik tidur dengan keluasan 12x6 kaki persegi. 

“Kebakaran berjaya dipadamkan oleh orang awam menggunakan Alat Pemadam Api sebelum Pasukan Bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, terdapat dua orang mangsa terlibat mengalami sesak nafas dan diberi rawatan awal oleh Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang tiba di lokasi kejadian.

“Kedua-dua mangsa termasuk salah seorang berumur 28 tahun kemudian dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas menggunakan Jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

“Pasukan Bomba bertindak memadam bara-bara api menggunakan satu aliran salur bantu mula sumber air dari tangki jentera. 

“Sebaik memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 12.47 pagi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement