Anda di sini

Delegasi MEITD diketuai Sagah lawat Nuremberg, Jerman

Advertisement
Sagah (empat kanan) menyampaikan momento kepada Pengarah Urusan Pameran Interaktif Hüttinger, Axel (enam kiri) di Nuremberg, Jerman.
Sagah (empat kanan) menyampaikan momento kepada Pengarah Urusan Pameran Interaktif Hüttinger, Axel (enam kiri) di Nuremberg, Jerman.

KUCHING: Delegasi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) diketuai Menterinya Dato Sri Roland Sagah Wee Inn telah melawat Nuremberg, Jerman pada 25 April lalu.

Menurut kenyataan pihak Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), tujuan lawatan itu adalah untuk melibatkan diri dengan Hutiinger GmbH, pereka dan fabrikasi pameran yang dilantik untuk projek Pusat Sains Sarawak. 

"Perbincangan semasa lawatan merangkumi pelbagai topik, termasuk memuktamadkan jenis pameran, reka bentuk grafik dan anggaran kos serta garis masa untuk fabrikasi pameran.

"Perjalanan itu juga termasuk lawatan ke kilang Huttinger GmbH, memberikan pandangan berharga tentang keupayaan pembuatan mereka," katanya.

Selepas itu, delegasi juga melawat dua pusat sains terkenal, Experimenta di Heilbronn, Jerman dan Technorama di Witherthur, Switzerland. 

Mengiringi Sagah adalah Timbalan Menteri Datuk Francis Harden Hollis, Setiausaha Tetap Datu Azmi Bujang, Dr Peter Morin Nissom, Pengarah Urusan atau Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Sains Sarawak dan pegawai-pegawai kementerian.
 

Advertisement