Anda di sini

Ting sampaikan cek UNIFOR RM600,000 untuk Kuil Gurdwara Sahib Miri

Advertisement
Ting menyerahkan cek daripada UNIFOR kepada Presiden Gurdwara Sahib Miri Gurmokh Singh sambil disaksikan yang lain semalam.
Ting menyerahkan cek daripada UNIFOR kepada Presiden Gurdwara Sahib Miri Gurmokh Singh sambil disaksikan yang lain semalam.

MIRI: Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting menyampaikan cek bernilai RM600,000 daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi pembinaan semula rumah ibadat Kuil Gurdwara Sahib Miri.

Cek berkenaan diterima pada majlis ringkas penyerahan ketika mengadakan lawatan ke tapak projek kuil tersebut semalam.

Menurut Ting, peruntukan dana daripada UNIFOR kepada kuil berkenaan juga bagi menampung sebahagian kos fasa tiga pembinaan semula kuil berkenaan.

“Sebelum ini, pihak kuil telah menerima peruntukan sebanyak RM1.2 juta pada tahun 2020 manakala peruntukan kali kedua adalah pada 2021 berjumlah RM600,000.

“Bersama dengan peruntukan tahun ini, kuil tersebut telah menerima sejumlah RM2.4 juta,” ujarnya.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu, projek pembinaan semula fasa ketiga terbabit dijangka siap penghujung tahun ini.

Setakat kelmarin projek kuil berkenaan dianggarkan siap 60 peratus.

Sementara itu, Ting turut berterima kasih kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas usaha dan peruntukan yang disediakan melalui UNIFOR sebagai sokongan dan bantuan kepada pelbagai rumah ibadat di Sarawak.

Dalam pada itu, Ting turut mengingatkan para penerima peruntukan UNIFOR agar menggunakan dengan sebaiknya peruntukan yang diberi dan mengemukan laporan setiap projek yang dilaksanakan.

“Sekiranya projek rumah ibadat anda tidak mencukupi dana, anda boleh membuat permohonan kepada UNIFOR,” katanya.

Selain peruntukan daripada UNIFOR, Ting turut menyampaikan sejumlah RM200,000 di bawah Projek Transformasi Luar bandar (RTP) kepada pihak pengurusan kuil terbabit.
 

  • oleh
  • Advertisement