Anda di sini

SUPP Bawang Assan, MDLBS periksa tapak projek laluan pejalan kaki, parkir di Rumah Ali dan Rumah Muja 

Advertisement
Kevin (kiri) bersama pasukannya dan jurutera MDLBS ketika memeriksa tapak projek RTP berkenaan.
Kevin (kiri) bersama pasukannya dan jurutera MDLBS ketika memeriksa tapak projek RTP berkenaan.

SIBU: Pasukan Pembangunan Komuniti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bawang Assan telah menjalankan pemeriksaan tapak bagi projek laluan pejalan kaki dan tempat letak kereta di Rumah Ali dan Rumah Muja di Sungai Tutus serta beberapa jalan di kawasan Bawang Assan, baru-baru ini.

Pasukan itu disertai oleh jurutera dari Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS).

Ketua pasukannya Kaunselor Kevin Lau berkata, pemeriksaan tapak bertujuan untuk menilai cadangan projek naik taraf yang diluluskan kerajaan negeri di bawah Program Khas Transformasi Luar Bandar (RTP).

Tambahnya, lawatan itu juga bertujuan memberi peluang kepada pasukan kejuruteraan MDLBS mengenal pasti dan membiasakan diri dengan lokasi yang dipilih untuk kerja-kerja menaik taraf, memandangkan projek itu akan dilaksanakan oleh pihak majlis.

"Pembiayaan RTP amat penting untuk pasukan saya kerana ia adalah peruntukan khas daripada kerajaan Sarawak kepada kawasan Bawang Assan, dan kita mesti memanfaatkannya dengan sebaiknya.

"Kita juga mesti mempercepatkan pelaksanaan projek yang dicadangkan dan bekerjasama dengan jurutera dari MDLBS untuk menangani beberapa isu yang dihadapi oleh penduduk di sana," katanya.

Justeru, Lau mengucapkan terima kasih kepada ketua masyarakat dan pasukannya kerana bekerjasama dengan penduduk untuk memperbaiki kehidupan mereka.
 

  • oleh
  • Advertisement