Anda di sini

SSLR jadi laluan alternatif untuk pesakit ketika kecemasan

Advertisement
 

MIRI: Walaupun agak jauh, Sabah Sarawak Link Road (SSLR) boleh menjadi laluan alternatif untuk pesakit dari Limbang dan Lawas dibawa menggunakan ambulans ke Miri ketika waktu kecemasan. 

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni (gambar) berkata, Kerajaan Sarawak dan kerajaan persekutuan sedang berusaha memastikan projek tersebut akan siap mengikut tempoh yang ditetapkan.

Beliau memberitahu, dengan siapnya jalan itu kelak, pesakit tidak perlu lagi melalui Brunei sekiranya berlaku kecemasan.

"Jalan agak jauh walaupun menggunakan Brunei agak dekat tapi sekurang kurangnya ada alternatif.

Di Hospital Limbang masih tidak dapat menyediakan rawatan kepakaran. Pesakit tetap perlu pergi ke Hospital Miri.  

Dari Lawas ada insiden-insiden yang tidak dapat dielakkan tidak sampai ke Miri sehingga ada (pesakit) meninggal dunia.

Maka jalan laluan tersebut walaupun dalam tempoh dari Miri ke Lawas mengambil masa hampir enam ke tujuh jam kelak sekurang-kurangnya ambulans kecemasan dapat sampai,' jelas Lukanisman. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri dan Pra-Gawai agensi kerajaan anjuran Jabatan Bekalan Air dan Luar Bandar (JBALB) di Wisma Pelita Tunku pada Khamis. 

Mengulas tentang bangunan baharu Hospital Miri, Lukanisman berkata, bangunan tersebut akan dimuatkan dengan 392katil yang akan menambah kapasiti wad di hospital itu dengan menghampiri 1,000 katil untuk kegunaan semasa. 

Beliau memberitahu, wad kecemasan akan dipindahkan dengan keluasan yang lebih besar.

Bangunan baharu juga akan mempunyai wad untuk kanak-kanak dengan khidmat pakar kanak-kanak. 

"Kita tidak dapat menafikan bahawa keperluan hospital kita (Miri) sangat-sangat mendesak.

“Namun demikian kita tetap usahakan dan berterima kasih kepada wakil-wakil rakyat sebelum ini yang berusaha mendapatkan projek ini," jelas beliau. 
 

  • oleh
  • Advertisement