Anda di sini

SK Bukit Kinyau anjur majlis persaraan guru dan sambutan Hari Raya Aidilfitri

Advertisement
Suasana sekitar majlis persaraan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Bukit Kinyau baru-baru ini.
Suasana sekitar majlis persaraan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Bukit Kinyau baru-baru ini.

SARIKEI: Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kinyau telah menganjurkan majlis persaraan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi warga sekolah tersebut, baru-baru ini.

Pada majlis persaraan tersebut, pihak SK Bukit Kinyau telah meraikan guru sekolah terbabit iaitu Ali Leman yang telah berkhidmat sebagai pendidik selama 25 tahun.

Dalam amanat ringkasnya, Guru Besar Pata Muda melahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama dalam menjayakan majlis tersebut.

Majlis ini telah dihadiri kira-kira 100 warga sekolah berkenaan.

Turut hadir ialah empat bekas guru besar SK Bukit Kinyau iaitu Awangkok Abdullah Awang Taip, Ustaz Mandi Ain, Hishamuddin Gimin dan Sardi Wahid serta Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Jamaluddin Man.
 

  • oleh
  • Advertisement