Anda di sini

Ramah-Tamah Aidiliftri SK MeP pererat hubungan

Advertisement
(Dari tujuh kiri) Said dan Ayatul bersama para guru dan ahli jawatankuasa PIBG SK MeP bergambar bersama.
(Dari tujuh kiri) Said dan Ayatul bersama para guru dan ahli jawatankuasa PIBG SK MeP bergambar bersama.

LIMBANG: Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Melayu Pusat (SK MeP) merupakan platform tepat dalam mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan ibu bapa.

Guru Besar SK MeP Said Matzin berkata, program itu mengumpulkan warga sekolah sebagai sebuah keluarga besar.

“Hari Raya adalah hari yang sebenarnya merupakan ungkapan syukur atas keberhasilan orang beriman menahan hawa nafsu, termasuk lapar dan dahaga pada siang hari selama satu bulan Ramadan,” katanya pada majlis tersebut yang dianjurkan di Dewan Bunga Raya baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengerusi PIBG Ayatul Azmi Zaini.

Terdahulu Ayatul turut berterima kasih kepada warga guru dan ibu bapa yang menjayakan majlis ramah-tamah tersebut.

Program itu katanya, dapat merapatkan kerjasama dan hubungan rapat antara warga sekolah dan PIBG.
 

  • oleh
  • Advertisement