Anda di sini

Perayaan landasan pelajari dan kenali budaya dan adat resam kaum lain

Advertisement
Dayang Noorazah (kanan) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang sambil diperhatikan Jimi.
Dayang Noorazah (kanan) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang sambil diperhatikan Jimi.

SRI AMAN: Masyarakat berbilang kaum di negeri ini seharusnya menjadikan perayaan sebagai landasan untuk mempelajari dan mengenali kebudayaan serta adat resam kaum lain dengan lebih dekat.

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, peluang sebegini harus dimanfaatkan sepenuhnya dengan mengunjungi rakan-taulan.

"Sebagai contoh, perayaan Hari Raya Aidilfitri yang kini sedang diraikan masyarakat Islam, selain Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak, Krismas, Deevapali dan pelbagai lagi di negara kita ini mempunyai keunikan tersendiri dan semua lapisan masyarakat berbilang kaum berpeluang merayakan kesemua perayaan ini tanpa mengira bangsa mahupun agama.

"Inilah sebenarnya keunikan masyarakat Malaysia dan sering kita lihat di majlis rumah terbuka, mereka yang berkunjung bukan hanya masyarakat yang merayakan perayaan terbabit malah masyarakat kaum lain juga," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Haji Undom di pekarangan kediaman Jama'yah Usop di Kampung Hilir, dekat sini semalam.

Hadir sama ialah Penghulu Abang Norin Abang Noruddin, Ketua Kampung Jimi Peri, wakil Pusat Khidmat DUN Lingga Zakaria Othman, ketua masyarakat kawasan Kampung Masjid dan Tanjung Engkabang, ahli JKKK Kampung Haji Undom serta ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Hilir.

Terdahulu, Dayang Noorazah menyempurnakan acara simbolik perasmian majlis tersebut dengan menyalakan pelita dan bunga api bersama tetamu yang lain.

Dalam pada itu juga, majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada persembahan khas.
 

  • oleh
  • Advertisement