Anda di sini

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu akan adakan Liga Sukan Komuniti 2024 

Advertisement
Penganjuran LSK Peringkat Bahagian Sibu akan bermula dari 18 Mei hingga 30 Jun ini.
Penganjuran LSK Peringkat Bahagian Sibu akan bermula dari 18 Mei hingga 30 Jun ini.

SIBU: Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu akan melaksanakan aktiviti program Liga Sukan Komuniti (LSK) Tahun 2024 Peringkat Bahagian Sibu.

Menurut hantaran pejabat itu di laman sosialnya pada Selasa lalu, LSK merangkumi tiga jenis sukan iaitu Ping Pong Berpasukan, Sepak Takraw Bergu Lelaki dan Bola Tampar Wanita.

"Semua acara sukan tersebut akan dilaksanakan pada 18 Mei 2024 hingga 30 Jun 2024 di tiga venue yang berasingan iaitu Dewan Persatuan Ping Pong Bahagian Sibu, Dewan Sepak Takraw Kampung Bandong dan Dewan Persatuan Bola Tampar Bahagian Sibu," katanya.

Pejabat itu memberitahu bahawa matlamat utama pelaksanaan program LSK ini ialah melatih, menggalakkan dan meningkatkan keharmonian dan perpaduan di komuniti setempat dengan membudayakan sukan.

Jelasnya lagi, mesyuarat berkenaan penganjuran LSK ini telah diadakan yang dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu Nur Fatheen Khairuzan Seleman bersama dengan kehadiran jemputan dari Persatuan Ping Pong Bahagian Sibu, Persatuan Sepak Takraw Bahagian Sibu dan Persatuan Bola Tampar Bahagian Sibu sebagai pegawai teknikal untuk setiap jenis sukan yang telah ditetapkan.
 
"Pihak pejabat berharap agar pengiat sukan di sekitar Bahagian Sibu dapat mengambil peluang untuk menunjukkan bakat dalam sukan yang tersenarai," tambahnya lagi.

Sementara itu, mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dalam LSK menerusi acara sukan tersebut bolehlah mengunjungi laman sosial Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu bagi maklumat lanjut.
 

  • oleh
  • Advertisement