Anda di sini

Kejohanan Badminton Piala KPD Sibu berlangsung dengan jayanya

Advertisement
Zulkipli menyampaikan hadiah kepada pemenang Kategori Berpasukan pada penutupan kejohanan semalam.
Zulkipli menyampaikan hadiah kepada pemenang Kategori Berpasukan pada penutupan kejohanan semalam.

SIBU: Majlis penutupan Kejohanan Badminton Piala KPD Sibu telah disempurnakan Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili di Dewan Badminton Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu petang semalam.

Acara yang berlangsung pada 27 hingga 29 April itu menyaksikan Kategori Terbuka dimenangi Superintenden Dr Collin Babat dan pasangannya Inspektor Wilver.

Kategori Terbuka Lelaki pula dimenangi Koperal Saifuel yang berpasangan dengan Lans Koperal Muizzudin dari Balai Polis Sungai Merah.

Zulkipli kemudiannya memberikan ucapan perasmian penutupan kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
 

  • oleh
  • Advertisement