Anda di sini

UPPM Karamunting hargai tindakan pantas JPSS

Advertisement
 Ricky (kanan) ketika meninjau kerja-kerja membersihkan parit berkenaan.
TINJAU: Ricky (kanan) ketika meninjau kerja-kerja membersihkan parit berkenaan.

SANDAKAN: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Karamunting menghargai tindakan pantas Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah (JPSS) yang segera bertindak atas aduan yang disampaikan.

Pemaju Mukim UPPM Karamunting Ricky Voon berkata, pada 21 April lalu, aduan mengenai parit tersumbat di Kampung Melanta telah disampaikan kepada jabatan berkenaan.

"Baru-baru ini, kakitangan mereka telah turun untuk menyelesaikan masalah terbabit," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau bersama Pemaju Mukim Syed Putra Ar-Rahim berterima kasih kepada JPPS Sandakan yang bertindak pantas.

Sementara itu, PPM Karamunting Datuk Chew Kok Woh telah mengarahkan Ketua Masyarakat Cina, Kapitan Poon Ret Wing untuk membuat tinjauan ke atas aduan yang diterima.

 Kerja-kerja menurunkan penutup tangki dilakukan selepas tinjauan itu.
KERJASAMA: Kerja-kerja menurunkan penutup tangki dilakukan selepas tinjauan itu.

"Aduan diterima mengenai seorang individu memasang penutup tangki air di atas dahan pokok kelapa, di tepi jalan raya dari arah Bandar Nam Tung ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Pei Ying.

"Tinjauan dan seterusnya membuka penutup berkenaan diperlukan kerana ia mendatangkan risiko kepada pengguna jalan raya," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement