Anda di sini

Pendidikan, kemahiran tinggi tingkat daya saing dalam pasaran kerja

Advertisement
Billy ketika menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut, baru-baru ini
Billy ketika menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut, baru-baru ini

LUNDU: Para pelajar khasnya di Lundu diingatkan untuk terus mementingkan pendidikan serta memiliki kemahiran tinggi supaya dapat bersaing dalam pasaran kerja yang semakin sengit. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berkata demikian semasa merasmikan Majlis Graduasi Tingkatan 6 bagi pelajar-pelajar Kohort 2022/2023 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lundu di Dewan Pakma, SMK Lundu baru-baru ini.

“Pelajar disarankan untuk bijak memilih bidang yang mempunyai pasaran kerja yang luas seperti bidang teknik dan vokasional, bidang perubatan dan kesihatan persekitaran, perundangan, kejuruteraan, pentadbiran awam, pengurusan pejabat, landskap, sains dan matematik serta elektronik. 

Penyampaian Anugerah Sahsiah Terbaik daripada Billy kepada adik Christina Aken semasa majlis graduasi baru-baru ini.
Penyampaian Anugerah Sahsiah Terbaik daripada Billy kepada adik Christina Aken semasa majlis graduasi baru-baru ini.

“Selain universiti,institusi seperti CENTEX Sarawak, i-CATS Sarawak, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Mara, Institut Latihan Perindustrian dan pelbagai institusi lain juga menawarkan kemahiran yang sangat diperlukan dalam pasaran kerja pada masa kini,” katanya.

Beliau turut menasihati para pelajar supaya tidak terjebak dengan mana-mana kegiatan berunsur negatif yang boleh merugikan diri sendiri, masyarakat dan negara. 

Katanya lagi, negara memerlukan generasi muda sebagai pelapis pada masa hadapan dan pendukung kepada kemajuan negara sejajar dengan wawasan negara untuk mencapai status negara maju

Penyampaian cenderamata Anugerah Mata Pelajaran Terbaik oleh Pengetua SMK Lundu Mohammad Azizan Madihi,kepada adik Alwincess Risse Albert.
Penyampaian cenderamata Anugerah Mata Pelajaran Terbaik oleh Pengetua SMK Lundu Mohammad Azizan Madihi,kepada adik Alwincess Risse Albert.

“Setiap pelajar seharusnya mempunyai kemahiran dan mampu bersaing dalam apa juga bidang pekerjaan yang akan ditempuhi, mempunyai sikap ingin berusaha.

“Selain itu meningkatkan kualiti diri sendiri dari semasa ke semasa dalam usaha menguasai bidang ilmu, kemahiran dan kepakaran yang ada,” katanya.

Beliau menjelaskan kegagalan merebut peluang, hanya akan menyebabkan pelajar menjadi penonton tanpa memainkan peranan secara terus, kesannya masyarakat dan negara akan rugi, ini sekali gus menjejaskan matlamat negara ini.

Gambar kenangan bersama graduasi Tingkatan 6 SMK Lundu.
Gambar kenangan bersama graduasi Tingkatan 6 SMK Lundu.

Pada majlis berkenaan, Billy turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada PIBG SMK Lundu dan RM10,000 kepada Persatuan Alumni SMK Lundu.

Ia bagi pelaksanaan pelbagai program yang menjurus kepada peningkatan akademik, sahsiah dan kokurikulum pelajar-pelajar SMK Lundu.

Majlis turut dihadiri wakil Pemangku Pegawai Daerah Lundu Muhamad Isa Limon, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Lundu Wan Sakeran Wan Ismail, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Lundu Mohammad Yusuf Idris, dan Pengerusi Persatuan Alumni SMK Lundu Hussain Suhaili.

Penyampaian Anugerah Kokurikulum Terbaik Kategori Pelajar Lelaki Billy kepada adik Alex Lee Leong Chen.
Penyampaian Anugerah Kokurikulum Terbaik Kategori Pelajar Lelaki Billy kepada adik Alex Lee Leong Chen.
 
 
  • oleh
  • Advertisement