Anda di sini

Pemuda cedera motosikal terbabas ke dalam parit

Advertisement
Mangsa diberi rawatan awal oleh anggota APM Sibu dalam ambulans hari ini.
Mangsa diberi rawatan awal oleh anggota APM Sibu dalam ambulans hari ini.

SIBU: Seorang pemuda cedera apabila motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum masuk ke dalam parit di Tanjung Latap dekat sini, pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia Daerah Sibu Mejar (PA) Wang Mohd Jabir Wan Mohd Badrudin berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.45 pagi.

"Setibanya di lokasi kejadian, didapati seorang lelaki berusia 24 tahun berada dalam keadaan terduduk di tepi parit.

"Penilaian awal dilakukan dan mangsa didapati mengalami luka tercalar di muka dan tangan namun mangsa masih boleh berkomunikasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa telah diberi rawatan awal oleh petugas APM dan mangsa dilaporkan stabil.

Operasi selesai pada jam 8.34 pagi.

Advertisement