Anda di sini

KMKK terus relevan gerakkan pembangunan di kawasan

Advertisement
(Dari lima kiri), Yunus, Dr Abdul Rahman, Sulaiman dan tetamu merakamkan kenangan pada majlis tersebut.
(Dari lima kiri), Yunus, Dr Abdul Rahman, Sulaiman dan tetamu merakamkan kenangan pada majlis tersebut.

LIMBANG: Peranan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) sebagai mata dan telinga kerajaan terus relevan dalam menggerak pembangunan di kawasan masing-masing.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, KMKK berperanan menyampaikan segala polisi kerajaan sebagai institusi di bawah kerajaan negeri dipimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, mereka harus menyalurkan maklumat tepat mengenai dasar kerajaan bagi mengelak kekeliruan kalangan penduduk di bawah jagaan masing-masing.

"KMKK merupakan pemimpin peringkat akar umbi yang menyalurkan sebarang permohonan daripada anak-anak buah untuk diutarakan kepada pihak kerajaan," katanya berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Ketua Masyarakat Ketua Kaum Islam Daerah Limbang di Dewan Kampung Pabahanan di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Residen Bahagian Limbang, Yunus Tambi dan Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal.

Dr Abdul Rahman berkata, KMKK juga perlu memahami sepenuhnya setiap dasar dilaksanakan kerajaan supaya maklumat disampaikan mudah difahami oleh penduduk.

Pada masa sama katanya, KMKK juga perlu sentiasa mewujudkan suasana harmoni, bersatu padu dan mengelak sebarang perbalahan di peringkat kampung.

"Bagi menghadapi sebarang cabaran dan perkembangan semasa, KMKK perlu melengkapkan diri dengan segala kemahiran dan pengetahuan terkini.

"Antaranya, menyertai pelbagai siri kursus kepimpinan dan kemahiran termasuk pengucapan awam, pengurusan pentadbiran dan kursus berkaitan," jelasnya.

Advertisement