Anda di sini

Bekalan air dihantar selepas aduan disampaikan: Chew

Advertisement
 Chew (kanan) meninjau kerja-kerja penghantaran bekalan air.
HANTAR: Chew (kanan) meninjau kerja-kerja penghantaran bekalan air.

SANDAKAN: Aduan mengenai bekalan air terputus di Sekolah Kebangsaan Bandar di Jalan Leila mendapat makluman positif apabila bekalan berkenaan segera dihantar pada hari berikutnya.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh berkata, beliau difahamkan sudah dua minggu perkhidmatan penghantaran bekalan air tidak dihantar ke sekolah terbabit.

"Saya menerima aduan ini dan seterusnya memaklumkan kepada pihak berkenaan. Saya menghargai usaha pihak berwajib yang segera menghantar bekalan berkenaan pada hari berikutnya.

"Selain itu, perkara sama turut terjadi di Tokong Hong San Tze dan pihak berkenaan juga menghantar bekalan air pada hari berikutnya," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Air Sandakan yang bertindak pantas atas aduan yang disampaikan.

"Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk membuat aduan dan mereka yang melancarkan kerja-kerja penghantaran bekalan air," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement