Anda di sini

Anugerah bukti dedikasi MBKS terhadap kebersihan, gastronomi mampan: Wee

Advertisement
Wee (kanan) dan Pemangku Setiausaha MBKS Wong Ming King bersama anugerah dimenangi.
Wee (kanan) dan Pemangku Setiausaha MBKS Wong Ming King bersama anugerah dimenangi.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MKS) baru-baru ini menerima dua anugerah pelancongan iaitu Anugerah Standard Bandar Pelancongan Bersih ASEAN Peringkat Kebangsaan dan Standard Pelancongan Kelestarian ASEAN Kebangsaan (Gastronomi) Kategori Bandar bagi tahun 2024-2026.

Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng berkata, anugerah itu menunjukkan dedikasi dan usaha keras komuniti Kuching Selatan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan itu.

"Kami gembira dan bangga dengan pencapaian dan mahu berkongsi dengan komuniti khususnya di kawasan pentadbiran MBKS.

"Anugerah-anugerah ini tidak hanya mengiktiraf komitmen kita mencapai standard kebersihan dan kesihatan tetapi dedikasi kita mempromosikan amalan gastronomi mampan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Wee berkata, anugerah-anugerah itu adalah milik setiap penduduk, pemilik perniagaan, organisasi dan institusi di kawasan MBKS.

"Ini adalah hasil kesungguhan kita untuk kecemerlangan serta sumbangan kolektif luar biasa yang telah kita (MBKS) capai," tambahnya.

Menjelas lanjut Anugerah Standard Bandar Pelancongan ASEAN Kebangsaan mengiktiraf komitmen MBKS mengekalkan piawaian kebersihan serta kesihatan, seterusnya meningkatkan kualiti hidup komuniti setempat dan mewujudkan persekitaran yang mampu menarik kedatangan pelancong.

Manakala Anugerah Standard Pelancongan Lestari ASEAN Kebangsaan (Gastronomi), Kategori Bandar menunjukkan MBKS berdedikasi mempromosikan amalan gastronomi mampan, memelihara budaya warisan dan menguasai inovasi dan pengawasan alam sekitar, katanya.

Justeru, Wee menggalakkan komuniti Kuching agar memanfaat kejayaan ini dan menerokai peluang-peluang untuk berkembang maju pada masa sama menonjolkan potensi tanpa sempadan masyarakat yang hidup bersatu padu.

"Marilah kita terus bekerja sama dan berganding bahu diilhamkan oleh kolaborasi serta dipacu oleh visi yang dikongsikan bagi masa depan lebih makmur untuk semua," tambahnya.

Advertisement