Anda di sini

Ahli JKKK perlu bertindak sebagai ejen perubahan di kawasan: Mong

Advertisement
Mong disematkan bunga sambil diperhatikan oleh Mang (kanan) sebaik sahaja tiba pada majlis tersebut.
Mong disematkan bunga sambil diperhatikan oleh Mang (kanan) sebaik sahaja tiba pada majlis tersebut.

SRI AMAN: Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diseru bertindak sebagai ejen perubahan dan penyampai maklumat kepada kerajaan tentang isu kebajikan dan masalah rakyat di kawasan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang berkata, setiap ahli JKKK umpama 'jambatan' menghubungkan rakyat dengan kerajaan.

"Ahli-ahli JKKK perlu mengutarakan masalah rakyat. Sekiranya JKKK tidak memberi kerjasama erat dengan kerajaan, maka sukar untuk kerajaan menyalurkan projek pembangunan ke sesebuah kawasan," ujarnya.

Mong sedang menyampaikan amat pada majlis berkenaan.
Mong sedang menyampaikan amat pada majlis berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Mang, Kampung Bait Ili di sini, hari ini.

Mong berkata, penubuhan JKKK adalah satu strategi mewujudkan masyarakat berdikari dan proakif dalam aktiviti pembangunan.

"Organisasi JKKK memainkan peranan penting sebagai sebuah 'jentera' pentadbir yang paling asas.

"Amat mustahak bagi setiap JKKK diberi latihan serta kemahiran segala aspek penubuhan, pentadbiran, pengurusan dan pembangunan ke arah pembentukan JKKK berwawasan, berdikari, produktif dan sentiasa maju," jelasnya. 

Hadir sama, Penghulu Menjang Niah serta tuai-tuai rumah dari rumah panjang berdekatan.

Advertisement