Anda di sini

MDS sedia perkhidmatan Kaunter Kutipan Bergerak Cukai Taksiran

Advertisement
 

MIRI: Majlis Daerah Subis (MDS) menyediakan perkhidmatan Kaunter Kutipan Bergerak Cukai Taksiran pada 3 dan 4 Mei depan bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Jurucakap Bahagian Penilaian dan Percukaikan MDS berkata, program diadakan di dua lokasi iaitu Pasar Batu Niah dan Perpustakaan Awam Batu Niah.

Antara perkhidmatan disediakan ialah bayaran dan semakan cukai taksiran, permohonan bayaran ansuran bagi cukai taksiran dan permohonan rebat cukai taksiran.

Perkhidmatan lain termasuk permohonan hapus kira cukai taksiran dan mengemas kini data pegangan.

Orang awam atau pelanggan hadir diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.

Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Bahagian Penilaian dan Percukaikan MDS di talian 085-719041.

Advertisement