Anda di sini

Dapur basah di sebuah rumah musnah dalam kebakaran

Advertisement
Pondok dapur musnah dalam insiden kebakaran di Kampung Sudoh, Singai di Bau hari ini.
Pondok dapur musnah dalam insiden kebakaran di Kampung Sudoh, Singai di Bau hari ini. - Gambar JBPM

KUCHING: Sebuah dapur basah di sebuah rumah, musnah dalam insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Sudoh, Singai di Bau hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memberitahu, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 10.15 pagi.

Menurutnya, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau bergegas ke lokasi kejadian.

"Pemanggil maklumkan kebakaran melibatkan dapur basah berstruktur tidak kekal berkeluasan 10 x 24 kaki persegi telah terbakar 100 peratus.

"Dapur berkenaan berasingan dengan struktur rumah dan kebakaran tidak menjejaskan struktur rumah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, kejadian berkenaan tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa.

"Anggota bertindak mengawal kebakaran pada jam 10.50 pagi menggunakan satu aliran 'hose reel' dan satu aliran hos hantaran 200 kaki satu nozel pam jentera serta sumber air dari pili berhampiran. 

"Setelah selesai pemadaman dan memastikan keadaan selamat, anggota seterusnya berangkat balik ke balai," jelasnya.

Ujarnya, operasi berkenaan ditamatkan sepenuhnya jam 11.20 pagi.

  • oleh
  • Advertisement