Anda di sini

Clarissa Rinya dinobat Kumang Karnival Kebudayaan Durin 2024 

Advertisement
Clarissa (tengah) diapit oleh Tiffany (kiri) dan Easter yang masing-masing mengungguli tiga tempat teratas Pertandingan Kumang Karnival Kebudayaan Durin 2024 di Sibu pada malam tadi.
Clarissa (tengah) diapit oleh Tiffany (kiri) dan Easter yang masing-masing mengungguli tiga tempat teratas Pertandingan Kumang Karnival Kebudayaan Durin 2024 di Sibu pada malam tadi.

SIBU: Clarissa Rinya Setian, 20, telah dinobatkan sebagai Kumang Karnival Kebudayaan Durin 2024 di sini pada malam tadi.

Gadis Iban berasal dari Rumah Mary, Sungai Bidut itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5,000 beserta piala iringan, mahkota, selempang, bunga dan sijil penyertaan.

Naib johan disandang oleh Tiffany Tc, 22, merupakan gadis kacukan Iban, Cina dan Filipin dari Sibu yang memenangi wang tunai RM3,000 beserta piala iringan, mahkota, bunga dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula disandang oleh Easter Jawai Paul, 27, gadis Iban dari Betong untuk memenangi wang tunai RM1,500 beserta piala iringan, mahkota, bunga dan sijil penyertaan.

Pertandingan itu turut disertai oleh tujuh lagi peserta lain yang terdiri daripada Audrey Amara Bachok, 23, dari Kuching, Astina Anabella Augustine, 21, (Song), Vanessa Grace Tali, 19, (Kanowit), Floveena Debra Ningkan, 23, (Betong), Nicolyn Kimberly Raymond, 17, (Sibu), Ranisha Ismail, 21, (Sibu) dan Diyamirza Nantai David, 22, (Kanowit).

Pertandingan yang diadakan sempena Majlis Penangguhan Karnival Kebudayaan Durin 2024 itu telah disempurnakan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai.

Hadir sama ialah wakil Residen Bahagian Sibu Maria Nadja Jimmy, Setiausaha MDLBS Ng Siang Wei dan Pengerusi Pengelola Karnival Kebudayaan Durin 2024 Kaunselor Datuk Teo Boon Siew.

  • oleh
  • Advertisement