Anda di sini

744 ahli hadiri mesyuarat PIBG SMK Muara Tuang

Advertisement
Barisan AJK PIBG SMK Muara Tuang yang baharu bagi sesi 2024/2025. 
Barisan AJK PIBG SMK Muara Tuang yang baharu bagi sesi 2024/2025. 

KUCHING: Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ke-35 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang telah berlangsung Sabtu lepas di Dewan Utama Sri Muara sekolah tersebut. 

Seramai 744 ahli menghadiri mesyuarat tersebut yang juga sebagai platform untuk mengeratkan hubungan dan komunikasi antara ibu bapa dan guru. 

Mesyuarat dimulakan dengan Perkongsian Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) dalam pendidikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pengurusan Sekolah PPD Samarahan Naser Ramli. 

Agenda utama pada mesyuarat kali ini ialah pembubaran AJK PIBG Sesi 2023/2024 dan pemilihan AJK PIBG Sesi 2024/2025 di mana Nawi Som dilantik semula sebagai pengerusi. 

Dalam ucapannya, Nawi menyatakan penghargaan kepada ahli-ahli atas kepercayaan diberikan untuk beliau dilantik semula sebagai pengerusi. 

Beliau turut menekankan penglibatan di kalangan ibu bapa untuk memberikan fokus dalam pembelajaran dan pendidikan anak masing-masing. 

Selain itu, beliau turut mengalu-alukan sokongan padu daripada organisasi luar dalam membantu kecemerlangan pelajar SMK Muara Tuang. 

Pada mesyuarat tersebut turut dicadangkan beberapa perkara antaranya pembesaran dewan, bilik gerakan dan pondok ilmu untuk keselesaan dan kemenjadian pelajar. 

Selain itu mesyuarat itu turut diselitkan dengan aktiviti penyampaian cenderamata dan cabutan bertuah untuk memeriahkan lagi suasana semasa mesyuarat dilangsungkan. 
 

Advertisement