Anda di sini

Ting hadiri Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Masjid An-Naim Lutong

Advertisement
Ting (berdiri, lapan kiri) dan Lau bersama jawatankuasa penganjur Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2024 di Masjid An-Naim Lutong, hari ini.
Ting (berdiri, lapan kiri) dan Lau bersama jawatankuasa penganjur Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2024 di Masjid An-Naim Lutong, hari ini.

MIRI: Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting hari ini hadir merasmi sekali gus memeriahkan sambutan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2024 di Masjid An-Naim Lutong, di sini. 

Majlis berkenaan dianjurkan bersama Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lutong (LAKIL) dan JIPL serta jawatankuasa masjid. 

Pada majlis itu, Ting berkata beliau akan memohon peruntukan projek transformasi luar bandar (RTP) berjumlah RM100,000 untuk membantu masjid berkenaan bagi tujuan pemulihan dan kerja-kerja pembaikan dan sebagainya.
 
Hadir sama menyertai beliau ialah Kaunselor Leslie Lau. 

Advertisement