Anda di sini

Pemuda dan Wanita SUPP Bintangor anjur program larian, mewarna

Advertisement
 

BINTANGOR: Dua program akan diadakan iaitu Program Larian Hari Sarawak 22 Julai dan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak sempena sambutan Hari Kebangsaan Bulan Ogos 2024 akan datang.

Program itu dianjurkan Pemuda dan Wanita Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai dua program itu atau ingin membuat pertanyaan lanjut berkaitan boleh berkunjung ke Pusat Khidmat DUN N.46 Meradong.

Borang penyertaan bagi program-program tersebut boleh diambil di Pusat Khidmat DUN N.46 Meradong bermula 2 Mei akan datang, pada waktu pejabat.

Bagi acara Larian 722 Sarawak Day Fun Run, ia terbahagi kepada 4 kategori iaitu Lelaki Terbuka, Lelaki 18 Tahun Ke bawah, Perempuan Terbuka dan Perempuan 18 Tahun Ke bawah.

Yuran penyertaan untuk acara ini adalah RM40 untuk orang dewasa manakala bagi yamg berumur 18 tahun ke bawah pula adalah RM20.

Advertisement