Anda di sini

Pembonceng maut jatuh dari motosikal lalu digilis lori 

Advertisement


Mangsa digilis lori tangki minyak kelapa sawit di Jalan Kampung Loba Balu, semalam

Mangsa maut selepas dipercayai terjatuh dari motosikal lalu digilis lori tangki di Jalan Kampung Loba Balu, Matu, petang semalam.
Mangsa maut selepas dipercayai terjatuh dari motosikal lalu digilis lori tangki di Jalan Kampung Loba Balu, Matu, petang semalam.

MATU: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari motosikal di laluan bertentangan lalu digilis lori tangki minyak kelapa sawit di Jalan Kampung Loba Balu di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Matu Daro DSP Neil Beginda berkata, mangsa, Mohamad Iskandar Abdullah, 42, bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat pembinaan.

"Siasatan awal polis mendapati, semasa kejadian sekitar jam 5.20 petang, mangsa sedang membonceng motosikal yang ditunggang rakannya balik dari menjala ikan di kawasan Bruan Matu. 

"Semasa dalam perjalanan menuju ke Kampung Pergau, Matu mangsa yang menyandang bakul rotan berisi barangan dan hasil tangkapan dipercayai telah terjatuh dari motosikal di laluan bertentangan.

"Dan pada masa yang sama sebuah lori tangki muatan minyak kelapa sawit dipandu seorang lelaki berumur 31 tahun yang datang dari arah Matu menuju ke arah Bintulu telah membrek kecemasan tetapi tidak dapat mengelak mangsa kerana sudah terlalu dekat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa disahkan maut akibat mengalami kecederaan parah di kepala, badan dan kaki akibat digilis lori tersebut.

"Mayat mangsa telah dihantar ke unit forensik Hospital Daro untuk proses bedah siasat.

"Kes telah diklasifikasi sebagai kemalangan maut dan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

  • oleh
  • Advertisement