Anda di sini

Kelab Sukan Permotoran 4x4 Peneresa Rampa Menua diseru perbanyak aktiviti belia

Advertisement
Ting (empat kanan) merasmikan Majlis Makan Malam Tahunan Kelab Sukan Permotoran 4x4 Peneresa Rampa Menua, malam tadi
Ting (empat kanan) merasmikan Majlis Makan Malam Tahunan Kelab Sukan Permotoran 4x4 Peneresa Rampa Menua, malam tadi

SIBU: Kelab Sukan Permotoran 4x4 Peneresa Rampa Menua diseru agar menganjurkan lebih banyak aktiviti melibatkan belia di Sarawak khususnya di Sarikei.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, penganjuran sukan lasak boleh membawa belia ke arah yang lebih baik dan sihat kerana penglibatan mereka dapat menjauhkan mereka daripada aktiviti tidak bermoral yang boleh menjejaskan masa depan mereka.

"Selain aktiviti luar yang mencabar, penekanan juga perlu diberikan kepada program yang memberi manfaat dan kemudahan kepada ahli, sejajar dengan tujuan sebenar penubuhan," katanya.

Tiong berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan wakilnya, Setiausaha Politik Premier Sarawak Joshua Ting Fu Ying pada majlis makan malam tahunan kelab tersebut, malam tadi.

Ahli Parlimen Bintulu itu turut menggesa semua kelab sedia ada supaya mempelbagaikan aktiviti atau produk berkaitan sukan lasak yang boleh dijadikan tarikan pelancong.

Selain menjadikan hobi sebagai sumber pendapatan, katanya, ia juga dapat mempromosikan Sarikei dan Sarawak amnya sebagai destinasi pelancongan, bukan sahaja kepada pelancong tempatan tetapi juga antarabangsa.

"Setiap aktiviti, perkhidmatan atau produk yang ditawarkan juga perlu mengikut trend semasa, memenuhi kehendak mereka, terutama memandangkan generasi muda hari ini cenderung kepada aktiviti mencabar," katanya. 

Pada majlis tersebut, Tiong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong turut memperuntukkan dana RM10,000 untuk aktiviti kelab itu.

Turut hadir ialah presiden kelab Presley Peter.

Advertisement